Kursus Akan Datang oleh Mirai Techno Enterprise

  • Kursus Asas AutoCAD 2D (20-21 Julai 2019)
  • Kursus Advance AutoCAD 3D (3 - 4 Ogos 2019)

Wednesday, June 29, 2016

Permudahkan Sesuatu Benda

Assalamualaikum wbt,

Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.

Kadang-kadang ketika kita sedang bergegas ke satu tempat, kita akan mencari sesuatu yang memudahkan. Sebagai contoh, walaupun ramai tahu fast food tidak mendatangkan manfaat kepada badan kita, tapi disebabkan ia memudahkan seperti boleh membeli makanan sambil memandu, ramai menggunakan khidmat ini.
Hujan renyai-renyai di Hentian Bas Kuala Terengganu
3 hari lepas, saya menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersatu Selatan (TBS). Oleh kerana ini adalah bulan Ramadhan, kita perlu bersahur. Sampai aja di TBS, jam telah menunjukkan pukul 5:20 pagi bermakna lagi 12 minit ialah waktu Imsak dan 22 minit lagi masuk waktu Subuh. Pada awalnya, saya merancang nak pergi KFC aja untuk bersahur, tetapi hati saya terdetik untuk ke 7 Eleven. 

Alhamduillah, di 7 Eleven saya terjumpa Onigiri atau nasi kepal Jepun. 
やっぱり時間がないときは日本みたいにおにぎりは救世主ですね。(Yappari jikan ga nai toki wa nihonn mitai ni onigiri ha kyuuseshi desu ne: Ternyata seperti di Jepun, semasa ketiadaan masa, onigiri adalah penyelamat) .

Harga RM4 setiap satu, tapi bila difikirkan lebih kurang 110 Yen, ok lah. 110 yen rasanya macam harga RM1 di Malaysia ini. Tentang rasanya pula, yang tuna rasanya sebiji macam 7 Eleven di Jepun, dan yang ayam saya tak pernah makan di Jepun jadi tidak boleh beri komen. :). Tetapi cara nak buka plastik perlu diperbaiki, jadikan ia mudah dibuka seperti di 7 Eleven di Jepun.

久々のおにぎりでした

Dah lama tak merasa onigiri ini

Beginilah di Jepun, biasanya banyak makanan adalah untuk memudahkan orang sesuai dengan banyak masa adalah dalam perjalanan. Kadang-kadang untuk ke Universiti ada yang berulang 2 jam sehari iaitu senior laboratory saya di Waseda  University yang rumahnya adalah di Ibaraki. Naik train sehala termasuk jalan kaki adalah lebih kurang 2 jam. Tabah betul beliau, saya yang perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam minit ini pun dah rasa jauh. Jadi disebabkan inilah sesuatu urusan biasanya akan dipermudahkan di Jepun. Masa adalah sangat berharga.

Jika kita ke convenience store di Jepun, banyak benda atau perkhidmatan yang akan memudahkan kita ada di situ. Di situ kita boleh bayar bil, beli tiket bas, hantar barangan untuk pos laju,beli stem, beli kertas resume, fotostat kertas, scan kertas, print kertas, fax, print gambar, daftar kad kredit, baca komik, majalah yang tidak di"seal", semuanya boleh dilakukan disini. Malah jika anda travel di Jepun, jika tiada tandas, anda boleh gunakan tandas di mana-mana convenience store. Insya Allah zaman sekarang banyak yang dah ada washlet berbeza dengan zaman saya mula-mula di Jepun dahulu.Tetapi adalah lebih elok jika kita meminta izin menggunakannya dahulu dan mengucapkan terima kasih setelah selesai menggunakannya. Ini adalah adab yang bagus kita ikut dan diajar oleh rakan semakmal dengan saya.
Contoh mesin Photocopy di Jepun

Banyak sperkhidmatan ada di sini

Contoh mesin Photocopy lagi, sebelahnya mesin ATM
Walaupun anda hanya ada sekeping kertas 10,000 Yen, anda masih boleh print atau copy satu helai kertas hitam putih yang hanya berharga 10 Yen. Mesin itu tetap ada menyediakan baki anda. Ini yang best di Jepun kerana baki tetap ada walau anda mempunyai note yang paling besar iaitu 10,000 Yen. Nak naik train, di mesinnya pun boleh, tiada masalah. Baki akan boleh dikeluarkan dan masa membeli pula adalah singkat.

Beginilah sedikit perkongsian dari saya tentang sesuatu yang memudahkan. Jika kita membuat satu sistem yang memudahkan orang, insya Allah ada penggunanya walaupun terpaksa membayar.

Semoga sedikit sebanyak membawa manfaat kepada kita, insya Allah. 

"BERILMU UNTUK BERJASA"

MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SAMSUDIN

※Bagi sesiapa yang berminat mempelajari AutoCAD 2D pada 27 dan 28 Ogos, bolehlah hubungi Zulfahmi (019-981 5960). Untuk maklumat lanjut bolehlah juga layari website kami MIRAI TECHNO ENTERPRISE atau Facebook kami Facebook Mirai.



 

Tuesday, June 28, 2016

Selamat Datang ke Mirai Techno Enterprise

Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke blog Mirai Techno Enterprise.
Welcome to Mirai Techno Enterprise' blog.
ミライテクノエンタープライズのブログへようこそ!

Alhamdulillah bermula hari ini 28 Jun 2016, blog Mirai Techno Enterprise telah dibina. Maaf jika ada kekurangan kerana ini blog ini dibina dengan try and error. Insya Allah akan diperbaiki dari hari ke hari.

Alang-alang di peringkat permulaan blog ini, eloklah kami terangkan maksud Mirai ( 未来) iaitu perkataan asas dalam nama syarikat kami.
Mirai diambil daripada perkataan dari Bahasa Jepun yang bermakna masa hadapan. Syarikat ini dinamakan atas nama sebuah syarikat kecil di Jepun iaitu Kagoshima Techno Design yang dahulunya adalah syarikat yang melakukan kerja-kerja melukis setelah segala pengiraan dilakukan oleh kami, jurutera di Fuji Electric Co, Ltd yang berlokasi di Kawasaki, Jepun. Syarikat itu melakukan kerja-kerja design atau melukis seperti yang diminta oleh kami, jadi dengan kata lain adalah pakar dalam kerja-kerja design ini.

Oleh itu setelah balik ke Malaysia pada 2012, saya terfikir adalah baik saya lakukan sesuatu untuk membina syarikat yang menawarkan khidmat latihan supaya lebih ramai rakyat Malaysia terdedah dengan kerja design atau melukis lukisan kejuruteraan ini.

Semasa di Jepun, saya mula-mula belajar Computer Aided Design atau nama famousnya CAD ini adalah dengan menggunakan software Microstation keluaran syarikat Bentley. Ditakdirkan pula saya mempunyai nombor pelajar yang terakhir dalam batch (saya transfer ke Waseda University sebagai pelajar tahun 2) ketika di Waseda University, jadi kedudukan saya adalah di PC yang paling hujung ketika kelas berjalan. Jadi setelah masuk tahun 3, ada pelajar baru masuk ke universiti saya seramai 3 orang. Jadi oleh kerana saya berada di sebelah mereka, saya telah menjadi guru CAD kepada mereka. Dengan kata lain kerjaya saya sebagai trainer telah bermula pada tahun 2004 secara tidak rasminya. Walaupun ketika itu Bahasa Jepun saya baru di peringkat permulaan, alhamdulillah dengan kuasa Allah dapat juga saya mendidik mereka untuk mahir menggunakan software tersebut. Benarlah kata orang tua-tua, jika kita menggunakan ilmu untuk mengajar orang lain, ilmu kita akan ditambah oleh Allah.

Sebagai asas saya guna Mirostation dan ketika buat masterpada 2006-2008, saya start belajar pelbagai jenis software dengan duit daripada Lab. Banyak kursus saya sertai seperti MSC Patran, Pamcrash, Solidwork, AutoCAD dan sebagainya untuk menimba ilmu. Alhamdulillah, basic yang saya belajar dari Microstation banyak membantu.

Pada tahun 2008, saya telah bekerja di sebagai jurutera di Fuji electric dan alhamdulillah, segala ilmu yang saya belajar di universiti banyak membantu. Masuk kerja pula, software yang digunakan adalah seperti MicroCADAM, Helix, ProEngineer, Ansys for structural analysis telah dipelajari. Semua training saya sertai untuk membangunkan diri dan semuanya dibiayai oleh syarikat. Pada tahun 2009 ketika saya mendapat junior di syarikat tersebut, saya menjadi trainer kepada junior saya tersebut. Disebabkan beliau tidak mempunyai asas CAD, jadi saya telah mengajarnya start dari kosong. Alhamdulillah berkat kuasa Allah, dapat juga saya yang merupakan Alien di Jepun menjadi pengajar kepada warga bukan alien iaitu warga Jepun sendiri.

Setelah balik Malaysia pula, saya bekerja sebagai pensyarah di program persediaan ke Jepun. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek Machine Design yang merupakan subjek kegemaran saya. Alhamdulillah. Tetapi di sini saya rasakan adalah perlu saya lakukan sesuatu untuk membantu anak bangsa. Jadi pada 25 November 2015, saya telah mendaftar syarikat Mirai Techno Enterprise ini di SSM dan bernombor pendaftaran 002490931-K. Syarikat ini bertujuan untuk membangunkan ilmu design dan structural analysis di Malaysia ini. Bermula dengan AutoCAD, insya Allah akan diteruskan dengan software lain seperti CREO atau ProEngineer atau ANSYS jika diizinkan Allah.

Insya Allah saya akan memberikan khidmat yang terbaik dan pada harga yang murah. 

Dalam blog ini juga akan dikongsikan pengalaman saya di Jepun dahulu sebagai perkongsian supaya kita dapat membina generasi yang lebih baik pada masa hadapan. Sesuai dengan nama MIRAI. :)

Insya Allah saya akan terus menulis jika diizinkan Allah.

"BERILMU UNTUK BERJASA"

MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SAMSUDIN

Laman web : www.miraitechnoenterprise.com
Facebook    : www.facebook.com/miraitechnoenterprise
Instagram   : mirai_techno_enterprise
email          : miraitechno@gmail.com
Telefon       : 019-981 5960 (sms, Whatsapp ok)