Assalamualaikum wbt,
Sekadar perkongsian, semoga bermanfaat.
Kadang-kadang ketika kita sedang bergegas ke satu tempat, kita akan mencari sesuatu yang memudahkan. Sebagai contoh, walaupun ramai tahu fast food tidak mendatangkan manfaat kepada badan kita, tapi disebabkan ia memudahkan seperti boleh membeli makanan sambil memandu, ramai menggunakan khidmat ini.
Hujan renyai-renyai di Hentian Bas Kuala Terengganu |
3 hari lepas, saya menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Terminal Bersatu Selatan (TBS). Oleh kerana ini adalah bulan Ramadhan, kita perlu bersahur. Sampai aja di TBS, jam telah menunjukkan pukul 5:20 pagi bermakna lagi 12 minit ialah waktu Imsak dan 22 minit lagi masuk waktu Subuh. Pada awalnya, saya merancang nak pergi KFC aja untuk bersahur, tetapi hati saya terdetik untuk ke 7 Eleven.
Alhamduillah, di 7 Eleven saya terjumpa Onigiri atau nasi kepal Jepun.
やっぱり時間がないときは日本みたいにおにぎりは救世主ですね。(Yappari jikan ga nai toki wa nihonn mitai ni onigiri ha kyuuseshi desu ne: Ternyata seperti di Jepun, semasa ketiadaan masa, onigiri adalah penyelamat) .
Harga RM4 setiap satu, tapi bila difikirkan lebih kurang 110 Yen, ok lah. 110 yen rasanya macam harga RM1 di Malaysia ini. Tentang rasanya pula, yang tuna rasanya sebiji macam 7 Eleven di Jepun, dan yang ayam saya tak pernah makan di Jepun jadi tidak boleh beri komen. :). Tetapi cara nak buka plastik perlu diperbaiki, jadikan ia mudah dibuka seperti di 7 Eleven di Jepun.
久々のおにぎりでした |
Dah lama tak merasa onigiri ini |
Beginilah di Jepun, biasanya banyak makanan adalah untuk memudahkan orang sesuai dengan banyak masa adalah dalam perjalanan. Kadang-kadang untuk ke Universiti ada yang berulang 2 jam sehari iaitu senior laboratory saya di Waseda University yang rumahnya adalah di Ibaraki. Naik train sehala termasuk jalan kaki adalah lebih kurang 2 jam. Tabah betul beliau, saya yang perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam minit ini pun dah rasa jauh. Jadi disebabkan inilah sesuatu urusan biasanya akan dipermudahkan di Jepun. Masa adalah sangat berharga.
Jika kita ke convenience store di Jepun, banyak benda atau perkhidmatan yang akan memudahkan kita ada di situ. Di situ kita boleh bayar bil, beli tiket bas, hantar barangan untuk pos laju,beli stem, beli kertas resume, fotostat kertas, scan kertas, print kertas, fax, print gambar, daftar kad kredit, baca komik, majalah yang tidak di"seal", semuanya boleh dilakukan disini. Malah jika anda travel di Jepun, jika tiada tandas, anda boleh gunakan tandas di mana-mana convenience store. Insya Allah zaman sekarang banyak yang dah ada washlet berbeza dengan zaman saya mula-mula di Jepun dahulu.Tetapi adalah lebih elok jika kita meminta izin menggunakannya dahulu dan mengucapkan terima kasih setelah selesai menggunakannya. Ini adalah adab yang bagus kita ikut dan diajar oleh rakan semakmal dengan saya.
Contoh mesin Photocopy di Jepun |
Banyak sperkhidmatan ada di sini |
Contoh mesin Photocopy lagi, sebelahnya mesin ATM |
Walaupun anda hanya ada sekeping kertas 10,000 Yen, anda masih boleh print atau copy satu helai kertas hitam putih yang hanya berharga 10 Yen. Mesin itu tetap ada menyediakan baki anda. Ini yang best di Jepun kerana baki tetap ada walau anda mempunyai note yang paling besar iaitu 10,000 Yen. Nak naik train, di mesinnya pun boleh, tiada masalah. Baki akan boleh dikeluarkan dan masa membeli pula adalah singkat.
Beginilah sedikit perkongsian dari saya tentang sesuatu yang memudahkan. Jika kita membuat satu sistem yang memudahkan orang, insya Allah ada penggunanya walaupun terpaksa membayar.
Semoga sedikit sebanyak membawa manfaat kepada kita, insya Allah.
"BERILMU UNTUK BERJASA"
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN SAMSUDIN
※Bagi sesiapa yang berminat mempelajari AutoCAD 2D pada 27 dan 28 Ogos, bolehlah hubungi Zulfahmi (019-981 5960). Untuk maklumat lanjut bolehlah juga layari website kami MIRAI TECHNO ENTERPRISE atau Facebook kami Facebook Mirai.